Thursday, March 1, 2012

Mak Dah Bersalin

Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari yang menggembirakan kami satu keluarga. Ini kerana Mak dah selamat bersalin, Ayah dapat anak kedua dan Husna dapat adik. Alhamdulillah...

Tapi sebelum tu kena cerita daripada A to Z:-

14 Februari 2012
Mak buat check-up dan scan di klinik dan doktor maklumkan berat baby baru 2.7 kg.

24 Februari 2012 (Jumaat)
Mak dah plan untuk start ambik cuti seawal 2 minggu sebelum due date (9 Mac 2012). So, hari Jumaat adalah hari terakhir Mak mengajar di sekolah.

25 Februari 2012 (Sabtu)
Kami satu keluarga pun bertolak dari rumah ke Bachok, Kelantan pukul 10.00 pagi. Agaknya bukan musim orang balik kampung, jalan tak jem sangat. Sampai di Bachok pukul 6.00 petang (8 jam jer perjalanan).

26 Februari 2012 (Ahad)
Mak dan Ayah pergi ke Kota Bharu Medical Center (KBMC) untuk buat check-up sekali lagi dan nak survey berapa harga pakej bersalin untuk guru. Selepas doktor scan baby, doktor beritahu berat baby dah capai 3.8 kg dan plus minus 400 gram. Rupanya sejak 14hb, berat baby naik 1.1kg.

Doktor syorkan Mak bersalin secara bedah 'caesar' disebabkan saiz baby yang besar dan badan Mak yang rendah. Nak bersalin normal pun boleh, tapi kebarangkaliannya akan dibedah jua. So, boleh kurangkan kesakitan kena induce kalau pilih bersalin secara bedah 'caesar'.

Reaksi pertama Mak adalah terkejut dan tak tahu mana nak pilih. Macam tiba-tiba jer kena buat keputusan drastik sebab ingatkan nak bersalin normal pada awalnya. Selepas bincang-bincang dengan Ayah, Ayah ambil keputusan nak Mak bersalin pada 1 Mac 2012.

1 Mac 2012 (Khamis)
Mak dan Ayah datang ke KBMC pada pukul 7.30 pagi. Kami dapat bilik dan Mak diminta menyalin pakaian untuk bersedia dibedah. Mak diusung dengan katil bergerak ke bilik bersalin pada pukul 8.30 pagi. Pada pukul 9.00 pagi, Ayah diminta masuk ke bilik bedah dan menyalin pakaian. Ayah dibenarkan masuk untuk beri kata-kata semangat pada Mak sebab pada masa tu Mak dalam keadaan separuh lali. Ayah cuma minta Mak mengucap dua kalimah syahadah, selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Pada 9.10 pagi, baby pun dikeluarkan. Ayah gembira tak terkata, cuma rasa meleleh air mata sebab terharu dengan pengorbanan Mak melahirkan cahaya mata kedua buat Ayah. Baby yang kemudiannya dinamakan Imran Faiz sangat segar dan aktif sebab terus berteriak menangis sejurus dikeluarkan daripada perut Mak.

Selepas baby dikeluarkan, Mak dilalikan sepenuhnya dan Ayah beredar keluar bilik bersalin.

Hari yang gembira untuk kami sekeluarga, baby yang keluar daripada perut Mak dinamakan Imran Faiz, berat 3.8 kg, Panjang 50 cm dan ukur lilit kepala 34 cm. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Imran Faiz dilahirkan dengan sihat dan cukup sifatnya.



Bayi bernama Imran Faiz, 3.8 kg

15 comments:

  1. dik,nk tanya..brape ye kos bsalin kt kbmc?

    ReplyDelete
  2. sorry baru reply..kos bersalin normal RM1490 tapi untuk guru special..dapat pakej guru RM1290. tapi kalau kena c-sect pakej dia tetap, RM5190. cuba check dekat website KBMC.tapi layanan semua ok.dah survey, kalau c-sect di pakar perdana, rate dia dalam RM7-10 ribu.

    ReplyDelete
  3. Salam...klu oprate kat kbmc tu hubby blh msk gak ke?

    ReplyDelete
  4. hai fareeda. sorry lambat reply.yup, husband boleh masuk. saya bersalin anak kedua ni secara c-sect. request dgn doctor nak husband masuk, doc bagi. tapi lepas doc dah bius epidural, baru husband dibenarkan masuk.pukul 9 pagi husband saya dipanggil masuk dalam OT, pukul 9.07 babay dah keluar. tapi, dalam masa 7 minit tu, kehadiran suami amatttttt bermakna utk bagikita sokongan moral dalam OT. so, bincang dgn doc mintak husband masuk. saya bersalin anak sulung di Hospital Pakar Perdana secara normal, husband memang dengan saya dari dalam labour room start contraction sampai la bersalin. Insyaallah kalau mintak dgn doctor, doctor bagi suami masuk. Cuma suami kena kuat semangat tgk perut kita kena belah tuh..hehe..hope membantudan semoga semuanya selamat.

    ReplyDelete
  5. Kak, sy nk tny mcmn nk dpt pakej guru kt kbmc?sy seorg guru n bakal bersalin insyaallah hjg bln 3 2013....sy jgk nk tny mcmnnk buat booking nk bersalin kt kbmc....

    ReplyDelete
  6. salam Anonymous..pakej bersalin normal ialah RM1499. tapi untuk guru ialah RM1299. Tapi kalau request epidurel ada charge tambahan. Untuk ceaser tiada kelebihan untuk guru. Pakejnya sama iaitu RM5199 complete semua sekali untuk 4 hari 3 malam. tiada extra charge lain.Saya ambil cuti 2 minggu awal dan terus balik ke kelantan. Esoknya terus ke KBMC untuk checkup( dan terus booking) untuk bersalin. Macam kes saya, bila ke KBMC igt utk checkup sahaja tapi hasil checkup hari tu baby saya dah 4kg, doc terus suggest untuk operate keesokan hari sbb baby dah terlalu besar. tak boleh tunggu lagi due date lagi 2 minggu takut baby akan membesar lagi. jadi, saya x boleh ambil la pakej guru RM1299. terus ambil pakej ceaser RM5199. alhamdulillah layanan, bilik semua ok. yg penting, masa pergi KBMC utk 1st appointment dgn doktor untuk checkup dan bersalin di situ, perlu bawa surat pengesahan dari sekolah mengesahkan kita bertugas di sekolah berkenaan. suruh kerani pejabat sediakan surat tersebut. doktor di KBMC kita boleh pilih nak bersalin dengan doktor mana. semoga semuanya selamat.

    ReplyDelete
  7. untuk pertanyaan lanjut boleh call KBMC di 09-7433399. saya dulu call dulu sebelum pergi untuk appointment. sampai sana baru pilih nak doktor mana. saya bersalin dengan doktor suzi. dia bertugas di klinik TMC sebelah pasaraya Billion. orangnya sgt lemah lembut dan bagus.

    ReplyDelete
  8. Salam..tadi pergi kat kbmc tp pakej utk guru dah takde...bsalin normal pun dah naik jd rm1690..frust...

    ReplyDelete
  9. Salam. sy pun tengah survey2 kos2 bersalin kat private hospital di klantan..selain kbmc, hospital mana lagi yg kosnya sederhana? suami minta sy bersalin di tempat dia pulak utk anak kedua kami, tengah survey la ni. sy bakal bersalin bulan julai nt

    ReplyDelete
  10. Salam..sy bkl bersalin hjg bln 3 nih....sy pun dh bt booking di kbmc n dh plh doc suzy....insyaallah esk nk jmp doc suzy.....sy byk bt research kt internet n ramai yg ckp kbmc nih bgs dia punye service n agk murah skt berbndg hosp pkr perdana....

    ReplyDelete
  11. cuba survey hospital an-nur di kubang kerian..harganya murah sikit dari an-nisa..tapi hospital an-nisa lebih besar sikit dari an-nur..kos bersalin normal di an-nisa Rm1500-1800 tanpa komplikasi.tapi masa hari tu tengok kat an-nisa ada promosi dalam RM 1490...saya due bulan 5 bercadang nak try kat an-nisa.

    ReplyDelete
  12. sebaiknya elok lahir tmpt yg ade blood bank untk kes emergency..salah saty saranan doktor.kt kb yg ade blood bank, KBMC n Perdana.tapi kt perdana mahal sgt...

    ReplyDelete
  13. Salam Husna..

    saya tgh survey tmpt bersalin di KB ni jugak wpun due lambat lagi..saje survey awal..
    thanx for the info, sgt membantu :-)

    ReplyDelete
  14. Kbmc ada blood bank ke?rasanya xde..pengalaman sy bsalin d kbmc anak ke3 pd 22dec2011 dgn doc lily,bg sy memg superb la.doc lily siap mkn kat labour room lg sbb xnak tinggalkan sy yg hmpir bsalin.anak memg ada masalah pnafasan,trus dibawa ke ncu hrpz lps tu.7days di hrpz,alhamdulillah anak keluar slos btarung hyawa dgn tangki oksigen yg bsr.

    ReplyDelete